Dec 28, 2010

Segmen jom berkenalan by catatan loqman hakim


Assalamualaikum uols..

4 5 ari yang lepas,, bila blogwalking je,, mesti ternampak segmen nie dalam entry blogger-blogger sekalian.. so,, untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut,, aku pun klik la dekat link yang berkenaan.. tadaaaa.. da paham.. rupe-rupenya,, segmen jom berkenalan by catatan loqman hakim nie untuk berkenalan antara blogger-blogger baru,, and blogger-blogger lama..

Jadinya,, ini bukanlah contest or giveaway yang dapat hadiah ye.. ini hanyalah sesi berkenalan.. jom la join.. due datenya adalah 3 jan 2011 nie.. simple je.. just perlu jawab beberapa soklan,, and tempek banner yang disediakan kat entry nie.. so,, jom la jawab soklan..

1. Apakah status anda??? Single,, berpunya,, berkahwin,, bercerai???

Single??? Not single but available.. boleh??? hehe.. berpunya??? Ya sudah menjadi kepunyaan seorang lelaki yang semestinya bukan gay dan sudah dipastikan kelelakiannya.. eh,, tak perlu la anda berfikir macam mane aku mengesahkan kelelakiannya ye.. hohoho.. berkahwin??? blum lagi.. tapi on day way la nie.. hohoho.. bercerai??? Ya Allah,, jauhkan lah.. a semak list kat hati nie beberapa kali.. tapi sah status janda cumel takde dalam wish list..

2. Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

Umur duapuluhsatutahun.. masih tidak matang.. masih tidak tahu mengawal emosi dan perasaan.. suke gelak kuat-kuat and and suke wat lawak bodo.. seorang yang gile kuasa dan suke cakap kuat-kuat masa presentation.. sangat suke kenakan orang and sangat suke pukul orang sebab kedua-dua perbuatan ini memberi kepuasan dalam diri.. sangat pandai menunjuk perasaan.. sangat pendendam.. antara matlamat hidup,, “orang buat aku,, aku memang balas balik”.. haha.. takut tak??? Takut tak??? Masih belum memegang status pekerja berwawasan.. masih menuntut di university putra Malaysia.. university yuran mahal+kedekut.. selalu menyesal dengan tindakan tidak mengisi uitm sebagai pilihan pertama.. pelajar fakulty perubatan dan sains kesihatan.. mengambil bachelor sains pemakanan dan kesihatan komuniti.. bercita-cita menjadi seorang penceramah kesihatan.. anak no dua daripada 5 orang adik beradik.. seorang anak yang baik,, rajin,, pandai,, otak geliga,, keras kepala,, kuat melawan.. seorang kakak yang suke membebel,, suke gaduh ngan adik-adiknya yang malas.. food lover and akhir sekali,, seorang yang mempunyai masalah berat badan..

ada rupa seorang perempuan kejam???

3. Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Dunia blog??? Dunia yang sangat interesting.. dunia yang membolehkan manusia melakukan perkara-perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran contohnya seperti membuat duit,, menjadi terkenal dan keluar surat kahbar lama,, mencari kenalan baru,, mematangkan diri dengan kritikan dan penerimaan pembaca dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan dunia yang lebih luas.. dunia yang lebih luas ye.. luassss..

4. Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

Jadi diri sendiri.. jangan nak ikut style orang lain.. jangan copy paste.. jangan hangat-hangat tahi ayam macam aku.. jangan cerita pasal pakwe@makwe anda 24 jam seven to seven,, sebab aku sangat menyampah dengan orang yang nak tunjuk sangat pakwe@makwe dia.. klu cite sal husband@wife sendiri boleh.. sebab da tentu jadi hak mutlak kan,, kan,, kan.. and one more thing,, dunia tidak selamanya indah,, langit tidak selamanya cerah,, sile jujur dengan penulisan anda.. tidak perlu menjadi manusia yang terlalu perfect di dalam penulisan anda kerana dunia manusia bukan hanya keindahan..

5. Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

Keunikan??? Belum jumpa lagi rasanya.. just sebuah blog biasa.. yang de layout cumel.. yang de emoticon gerak-gerak.. yang kurang warna-warni.. yang sangat simple.. yang penulisannya masih berteraburan.. yang masih cuba mengimprovekan penulisan agar lebih menarik..

6. Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Sampai jemu bertandang di hati.. sampai tiba masa,, di mana blog tidak memberi ape-ape kesan dalam kehidupan harian.. impian dalam dunia blog??? Semoga blog ini mempunyai pembaca.. tak nak la syok sendiri.. hehe

7. Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..

Ermmm nak cite ape eik??? Nak promosi macam mane eik??? Ermmm actually,, aku baru je mengenali dunia berblogging nie.. saja suke-suke nak wat blog.. orang ade,, aku pun harus la taknak kalah kan.. impian pertama semasa menjebakkan diri ke kancah blogging,, nak masuk surat khabar macam hanis zalikha.. pastu,, nak kaya ngan duit nuffnang macam cik epal.. and nak menjadikan blog fatin liyana sebagai inspirasi supaya diri ini lebih rajin syok sendiri depan camera sambil berdoa akan jadi secute fatin liyana.. tapi hampeh.. selepas beberapa bulan berblogging,, impian itu telah terkapan.. masih tidak mendapat tawaran masuk surat khabar,, duit nuffnang masih di takuk lama iaitu rm5 dan tetap tidak secute fatin liyana.. so,, berputus ase dan hanya meneruskan blog ini kerana best jugak tulis blog.. blog membolehkan aku syok sendiri melalui penulisan.. hohoho.. eh.. am I answering the question??? Tettttt..

ok.. da siap jawab semua soklan.. sile bagi markah ye.. tak dapat hadiah,, markah pun dilayan.. hohoho.. ok.. macam besa,, sile tag blogger lain.. anda yang ditag adalah,,azrif,, atul,, norfa,, and mashimaro.. sile jawab ye.. klu tak,, cikgu marah nanti.. hoho

pisss:// no komen..

6 comments:

NURUN said...

HAHAHA....KELAKA JE SBB JD BLOGGER ADIK TU~
KEEP IT UP!

irniesafran said...

nurun.. hehe.. thanks komen.. tapi irnie xpaham maksud nurun.. ermmm

Yan said...

salam kenal dik..

jemput ke blog akak undi bby akak yer
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
tq

tiqa ramlan said...

heheh~ comelnyer awak nih.. :)

Cikgu Akim said...

Wah nice story!semoga berjaya capai segala impian dhati~

kalau ada masa lawatla rakan2 blogger jom berkenalan d blog saya..boleh tambah kenalan~

salam perkenalan dri saya bakal guru SP n Biology!

pss:blog tantik!

NS said...

terus kan usaha berblogging! =D