Jan 2, 2011

kereta api tanah melayu vs. bus express

assalamualaikum uols..

nak bagitau,, sekarang aku da sampai kat serdang,, upm.. uhhu.. perasaan??? bosan.. eh,, eh.. lupa nak ucap selamat tahun baru 2011.. "selamat taun baru semua".. actually,, aku tak penah pikir pun sal taun baru.. sama je.. 1/1 tak penah bawa makna dalam hidup aku sepanjang 21 tahun nie.. 1/1 adalah sama sahaja dengan hari-hari lain.. and kalau uols nak tau,, nie la kali pertama aku wish,, "selamat taun baru semua".. ok,, macam tak sesuai je.. bila masuk tahun baru,, semua orang cite sal azam.. aku lak??? tak penah la wat azam tahun baru.. kalau aku nak berazam,, anytime boleh.. tengah-tengah berak pun,, sambil meneran tu,, aku leh berazam.. hohoho..

actually bukan nak cite sal tahun baru pun.. aku nak cite sal kereta api tanah melayu vs. bus express.. aku baru 6 tahun turun naik turun naik bus and ketapi nie.. so,, ade la sikit experience sal dua benda nie.. so,, jom kte tengok perbandingan antara kedua-dua benda tidak hidup tapi bergerak nie.. hohoho

  1. bus lagi selesa dari keta api.. aku sakit belakang duduk atas kerusi keta api.. keras giler.. dah la sempit.. kebanyakkan site tak leh nak turunkan pulak tu.. kalau nak tido,, tegak jela badan.. kerusi bus jauh lebih selesa ye uols.. empuk,, leh turun naik site untuk keselesaan melanding.. bus selain cap transnational tak la sesempit ketapi.. ok la..
  2. ketepatan.. sepanjang aku naik ketapi nie,, lebih 10 jam aku penah menunggu sebab ketapi nie kan "ketapi tanah melayu".. so,, kiranya janji melayu la.. bukan sejam ok ketapi delay.. tapi penah sampai 3 jam.. and bukan sekali dua je delaynya.. memanjang je delay.. aku hangin je.. sumpah seranah da aku kat perkhidmatan tanah melayu nie.. cittt.. kalau bus lak,, aku ase ok la.. sepanjang 6 tahun aku naik turun bus,, bus delay paling lama sejam.. tu pun sekali je..
  3. risiko nak mati aka ditimpa musibah.. yang nie,, harus la bus kan lagi tinggi risiko.. memang tak boleh dinafikan.. keretapi lagi selamat.. tapi,, pada aku,, kalau memang ajal kte da sampai,, naik la kereta lembu pun,, tergolek dok jugak.. kan,, kan,, kan???
  4. kemahalan.. harga??? aku besanya balik ipoh.. so,, kalau ipoh,, bus senang je nak dapat.. setengah jam sekali de bus.. and harga bus adalah tetap.. rm17.40.. kalau aku tiba-tiba merancang nak balik ipoh,, tak perlu la aku risau tiket takde,, sebab gerenti adenya.. ketapi lak,, tuk balik ipoh banyak jenis ketapi ade.. yang terbaru ets.. tapi,, ets nie adalah pilihan terakhir aku sebab tiket mahal gler.. ipoh je pun.. rm30 hinggit.. pastu,, kalau naik shuttle,, or ketapi besa macam langkawi express tue,, kalau badan burtuah,, dapat la tiket class economi.. rm12 hinggit.. kalau malang,, rm22 hinggit ye sebab tinggal class kedua.. pastu,, kelas kedua and class economi takde beza sangat pun.. so,, dari segi harga,, naik bus beli kat mane2 and bila2 masa sure ada dengan harga rm17.40.. naik ketapi pulak,, kalau cepat beli tiket,, besanya semggu or 2 3 hari sebelum tu,, dapat la class economi.. kalau lambat,, class kedua ye.. rm22..
tapi nape aku still pilih ketapi sejak duk upm nie??? satu sebab je.. kalau naik ketapi,, sampai kl sentral,, terus amik komuter pegi serdang.. kalau naik bus lak,, aku kena amik rapid kl pegi bandar tasik selatan,, then baru boleh tukar komuter pegi serdang.. pertukaran yang banyk ini sangat meletihkan coz banyak kot aku nak hangkut barang.. da sampai komuter serdang,, kena naik bus pulak tu.. huhu..

pisss:// nak tengok wayang cite damping malam la.. uhhu.. rindu plak nak p mines or alamanda..

1 comment:

Eita said...

salam
hi irnie salam perkenalan..
suka sgt isu ni... ramai yg kata skrg bas dah tk selamat.. naik kereta api lg selamat.. semuanya Allah yg tentukan dah dia kata maka jadilah dia kan..