Jun 7, 2011

nurses.. korang memang hebat..

ermmm tetiba ase nak story sal kerjaya sebagai nurse lak.. atau dalam bahasa kampongnya misi.. last week,, seminggu jkn attach aku n 2 org lagi coursemate aku kat hospital besar ipoh@hospital raja permaisuri bainun.. eh.. pelik la name baru hospital nie.. xbest.. lagi best name lagi.. boleh??? seminggu attach kat hospital tu,, kata jabatan dietetik n sajian,, dunia aku kelam kabut.. serabut la jugak.. seriously aku xleh work ngan environment yang sgt kelam-kabut tu.. ngan org yang berpusu-pusu ke sana sini.. serabut okeh.. serabut.. :mHantuk:


1st day aku attach kat sna,, balik umah je aku nak mengamuk.. sebabnya,, aku benci ngan lif kat hospital tu.. boleh??? weh,, kalau ade pompuan nak bersalin,, sementara nak tunggu lif tu,, sempat terberanak kat depan lif tu jugak.. aku pelik la,, hospital besar ipoh kot.. beribu orang guna lif tu sehari okeh.. aku tau hospital tu antara hospital tertua kat malaysia nie,, tapi nape xde inisiatif nak upgrade lif tu??? xkan xde bajet kot.. lagipun kat hospital tu,, ade 6 pintu lif.. baiki la satu-satu.. bukannya nak suh ko baiki 6 6 serentak.. aku yang tak sakit nie pun leh jatuh sakit k menunggu lif tu.. berkepuk-kepuk jugak la dosa aku wat sementara tunggu lif tu.. kebetulan pulak opah aku masuk wad masa aku tgh attach kat sna.. so,, memang asal lunch hour n pas abis office hour je,, aku p katil dia.. tingkat 8 okeh.. tiap kali tunggu lif tu,, sempat panjang 0.01cm bulu2 kat badan aku nie k..:bofu_30:

ok.. out of da topic,, sebenarnya,, nk bgtau,, pas seminggu duk kat hospital,, keja ngan orang2 dia hospital,, teman en. farid@dietition yang best sgt2 p round wad lawat patient en. farid,, sy suke awak sesangat.. suke sembang ngan awak.. suke gaya awak.. suke dengar cite awak.. awak best.. aaauuuwww.. sempat!!!! ,, aku rase bersyukur gile sebab aku memang tidak ditakdirkan untuk be a part of hospital staff.. aku memang xleh work dalam environment mcm tu.. serabut.. serabut.. serabut.. sna sni ko nmpak nurse,, ma,, nurse,, ma,, nurse,, ma,, plus sedikit doctor.. haha.. nurse ramai gile.. melambak-lambak nurse.. sampai rimas opah aku,, bila terlebih nurse nie.. lekkk je opah aku sound nurse2 nie coz berkerumun kat katil dia pastu wat bising.. boleh???

tapi kan,, aku respect la kat insan yang memilih profession sebagai nurse nie.. seriously i respect u ollsss.. sebab bila ko da pilih nak jadi nurse,, ko memang kena banyak bersabar ngan kerenah manusia.. patient,, mak patient,, bapak patient,, anak2 patient.. bersabar ngan tempikan sister lagi.. aaauuuwww.. pepagi,, masuk je keja,, da kena bg mandi patient.. tukar pampers.. tukar baju.. cadar bagai.. berat okeh semua keja tu.. aku memang tak mampu nak wat.. aku admit,, aku memang tak cukup tabah n tak cukup kuat tuk wat semua keja2 tu.. tapi,, korang,, memang best.. pepagi lagi berkejar ke sana sini.. respect la kat uols.. kalau aku,, memang fail la kan.. nak jaga opah sendiri pun tak reti.. kalau ayah aku suh jaga opah aku,, aku memang jaga.. tapi aku tak wat ape la.. aku tengok je dia.. tengok jela sampai orang lain sampai.. kalau sejam,, sejam la aku tenung muka opah aku tue.. nak bg makan,, xtau dia lapa ke tak.. nak bagi air,, takut dia tersedak.. nak picit,, takut dia menjerit sakit kang.. bagus punya cucu kan.. ermmm mudah mudahan setiap kebaikan yang korang wat nie,, ngan niat yang ikhlas n tanpa mengata memaki n mencerca dalam hati,, dapat balasan yang setimpal.. aminnn..

pisss:// doakan opah aku cepat sihat n cepat2 kluar spital..:minimo_43:

1 comment:

Anonymous said...

Brokersring.com - Learn how to turn $500 into $5,000 in a month!

[url=http://www.brokersring.com/]Make Money Online[/url] - The Secret Reveled with Binary Option

Binary Options is the way to [url=http://www.brokersring.com/]make money[/url] securely online